Assalamualaikum ~ ! How's it hanging , yow !
Hehehe . Lama gila syet ( siot ) tak post new post di wall post neh ...
Al - maklumlah , lepas dapat keputusan dan kedudukan no. bapa ja yang teruk seteruk - teruknya ,
terus internet letak tepi sat , buku , meh sini !
Hukhuk . Dah berazam neh exam sem.2 nanti , nak bagi dapat top 10 , InsyaAllah ! Doakan daku !
Kedudukan dalam kelas 2 Fathonah ( yang ana tahu dari 1 - 3 ja . )
1. Atikah Khashifah a.k.a budak pandai
2. Nurin Ardini
3. Siti Hanisah ( kawan baik ana kowt . Tapi awat dya pandai lagi ?! )
Huhuhu . Saja ja melawak . Jangan ambik serius apa ana cakap . Ana mana penah serius .
Kan3 ?
Ok , pada 3 - 7 hb 7 harituh , di sekolah ana telah berlangsungnya Minggu Penghayatan Islam ,
Minggu Kokurikulum , dan Hari Temu Ramah Mesra . Oh ya , diadakan jugak kempen 3J . 3J tuh bermaksud : Jaga aurat , jangan tinggal solat , jauhi maksiat .
( Dicilok daripada facebook pelajar putera Naqiuddin Amin . Sori Naqi curi foto anta ! )
5 hari tuh kira x belajar lah kan ( Tu yang syok tuh ! )
3/7 dan 4/7 ada banyak ceramah sempenah Minggu Penghayatan Islam .
Ketika inilah di mana banyak boleh dilihat ada kepala tersengguk - sengguk , mata tertutup ,
dan seangkatan dengannya :D
5/7 - 7/7 pula diadakan jualan berbagai - bagai jenis makanan sempena Minggu Kokurikulum .
Juga diadakan pameran dan eksperimen - eksperimen yang menarik .
Salah satunya adalah lempar glider iaitu jet yang diperbuat daripada polistrin daripada tingkat 3 blok E dan juga eksperimen membedah katak dan membuat gunung berapi .
Babai glider !
( Ni pun dicilok jugak dari facebook Naqiuddin Amin )
Dan juga , 5/7 dan 6/7 merupaka Hari Temu Mesra untuk pelajar - pelajar maahad . 5/7 untuk menengah bawah manakala 6/7 pula untuk menengah atas .
Awat aku baca cam Majalah 3 lak neh ?!
Hukhuk . Kat jualan , ada jual macam2 wok ! Kentang spring , ice blended , milkshake , aiskrim goreng , nasi tomato , salad buah dan macam2 lagi daa ...
Tapi 3 hari berlangsungnya penjualan , mesti dah boring kan asyik tgok benda yang sama ja kan ? ( Tapi dok makan gak ! Ahakkss ! )
Masa hari Khamis , 7/7 a.k.a hari terakhir Minggu Kokurikulum , pagi tuh kena berkumpul di tapak penjualan sebab nak rasmikan penutupan Minggu Kokurikulum . Ada ucapan dari Al - Fadhil Ustaz Sahfie bin Ismail dan siapa ntah . Ana lupa sudaa . Maaf ya !
Pastu ada persembahan kawad daripada Kadet Polis Malaysia MMAS . Lawak gyla kot ! Nak tambah lawak lagi , bila kami semua ( pelajar puteri ) nampak depa dok senyum sebab tahan gelak ! Ahaha . Barisan kadet tuh dkat dengan pelajar puteri . Pelajar putera jauh sket . Sebab khemah tempat cikgu2 duduk semua dekat dengan khemah jualan pelajar puteri .
Pastu , ada persembahan silat pulak dari PSSGM putera . Sampai tahap main dengan parang kot ! Hadui . Kami pelajar puteri semua pakat muka camni :
Takut .. Bahaya wei ! Even depa dah banyak kali berlatih , kami still takut gak . Sapa tak takut tengok ahli keluarga maahad sendiri main benda tajam camtu , betul tak ? Jangan salah faham nah kerisauan pelajar puteri terhadap pelajar putera . Takmo , takmo , takmo . Hehehe .
Pastu diteruskan jualan seperti biasa . Kami dok merayau , beli , pehtu makan makanan yang dibeli ,
pehtu merayau lagi , beli dan makan , dan 3 perkara yang sama berulang dalam masa sehari ...
Oklah . Ana pun dah tatau nak cakap apa . Bateri di otak kena charge balik . Lagipun esok dah sekolah .
Selamat kembali , P&P ....
Hukhuk ... Oklah , nanti ana post lagi , k ? InsyaAllah , if Allah wills it .
Assalamualaikum ~ !!!!
No comments:
Post a Comment