Tuesday 28 June 2011

PPIM Camp ~ !!!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !

Dah sangat,sangat,sangat lama tak post !

Pada 23/6 - 25/6, PPIM telah mengadakan kem di Paya Pahlawan.

Sahabat-sahabat ana yang pi :

Haziqah,Iwani,Adillah,Ilyani Ismail,Shakirah Sharifuddin,
Siti Nur Aisyah,Amaani,Afifah,Awatif Azan,Afifah Roslan
dan ramai lagi lah!

Hehehe. Ni antara gambar2 pemandangan di Paya Pahlawan( bermodalkan kamera henfon yang tak berkualiti ) :


Tasik yang terdapat di Paya Pahlawan ~


Nilah khemah kami semua !!! Sebenarnya ada lagi,tapi tak muat kamera !


Ni keadaan dalam khemah KAMI  ...



Ni Awatif Nor Azan, Nur Afifah dan Shakirah Sharifuddin ~
Saja background belakang ja .. Takmau bagi tengok muka depa yang lawa2 tu .. 
Hahaha !



Tempat tengah2 antara semua khemah ...


Ha,ni besaq sket gambaq kan ? Hehehe. Muat akhirnya kameraku !





Tengah tengok pemandangan tasek ...


Peminat tasek bertambah ...


Hoi, pandanglah sini ! 



Tengah menunggu makanan yang bakal dilahap 


Ha, ni pulak pemandangan sekitar dorm kami di Paya Pahlawan .
Satgi ana cerita pasepa tiba2 mai sini pulak nah ~


Mana lak kasut aku neh ?!


Bersembang-sembang, menikmati pandangan ~
( Menghirup udara segar pun ya juga~ )


AJK - AJK menyusun kerusi2 untuk Malam Kebudayaan


Tadaaa !!!!




Pengerusi majlis MK, Kak Ibtisam dan Shakirah ( Maaf noh,
gambor x cleor ... Maklum lerr kamera tak berkualiti )



Tempat mengambil BBQ 


BBQ Maahad ! Yummy !



Ok, aktiviti kami sepanjang di sana ialah Flying Fox, River Crossing, dan Jungle Trekking .

Oh ya, Malam Kebudayaan juga !

Masa hari Khamis, malam tuh kami semua pindah pi dorm jauh sket dari tempat perkhemahan
sebab kat tempat perkhemahan tuh agak tak selesa sedikit penginapannya ...

Jadi,malam tuh JALAN KAKI ke kawasan dorm ...

Agak jauh wokkk !

Malam Kebudayaan, setiap group kena buat satu persembahan apa2 pun tak kiralah nasyid or lakonan or
sajak or pantun wa ghaira zalika !

Setiap group nama kena nama kartun.
Nama group ana Wonderpets.
Persembahan kum. ana wat takyah cerita lah. 
Buat pening kepala ja ...
Hik3

Kenangan di sini tetap bersemi dalam hati ...
At least ada pengalaman di tempat yang berbukit bukau kan.
Ada pengalaman naik Flying Fox, River Crossing dan Jungle Trekking .

Alhamdulillah, takat sini dulu cerita tentang Kem PPIM.

Rasanya kalau wat karangan, 10 muka surat tak habeh ni! 
Hehehe. Merapu ja ana!

Oklah, new post coming soon, InsyaAllah !

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)







Tuesday 21 June 2011

Terima kasih iluvislam.com ~ !

"Aisyah, awak hati-hati dengan dia, ramai orang  tak suka dia.."
"Lina,aku kenal dia..dia baik.."
3 tahun selepas itu.
"Eh, silap lagi.." aku tersenyum sambil memandang ke pintu pejabatku yang tertera perkataan 'TARIK'.. entah berapa kali aku cuai menggunakan pintu itu kerana sering sahaja aku menolaknya.
Hari ini genap  enam bulan aku bekerja di syarikat Suria Berhad, setelah aku tamat pengajian di universiti dalam bahagian undang-undang.
Hari ini juga 12 Disember. Tarikh hari lahirku. Sedari tadi aku sibuk melayan mesej ucapan hari jadi yang diberikan oleh kawan-kawan ku yang semakin bertambah di salah satu laman sosial yang semakin digilai ramai masa kini.
Sedang aku sibuk membalas mesej, telefonku berdering.. aku tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin pemanggil, 'Lina Cute'..
"Happy biryhday to you.. happy birthday to you..happy birthday Aisyah!"
"Lina! Thanks sangat!'
Kami pun berborak panjang.
"Bye Aisyah, take care ye.. aku rindu dekat kau sangat.. nanti senang datang la rumah ye.. selamat menyambut hari tua ye.. hehe,aku gurau je..assalamualaikum.."
"Tua tapi comel kan Lina, hehe, thanks sekali lagi, insyaAllah aku datang, waalaikumussalam Lina."
Aku tersenyum lagi mengenangkan teletah Lina,kawan baik aku sejak di universiti dahulu.
Kata-kata Lina di dalam perbualan kami sebentar tadi mengusik hatiku, "Aisyah, hari jadi kau sama tarikh dengan Zaidi kan, kau tak beri ucapan kat dia ke?"
Zaidi.
Nama yang dahulunya menjadi begitu manis dibibirku. Kini tidak lagi. Hampir tiga tahun perkara itu berlalu. Sebuah memori yang menjadi titik tolak bagaimana aku dapat menjadi diri aku yang sekarang ini.
Aku menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah dengan Zaidi. Pada mulanya aku yang sudah banyak kali dikecewakan berasa berat untuk menerima cintanya. Lama-kelamaan aku semakin menyayangi Zaidi. Aku yang begitu menitik beratkan soal agama dahulu kecundang di dalam perangkap cinta aku sendiri.
Dahulu aku tidak benarkan lelaki bukan mahram melihat auratku. Tetapi demi kasihkan Zaidi aku sanggup mempamerkan rambutku di depannya. Aku semakin bebas dan hubunganku dengan kawan baikku Lina juga semakin renggang akibat aku sentiasa mengelak untuk luangkan masa dengannya dan banyak masa yang ku habiskan dengan Zaidi sahaja.
Aku lupa hukum agama yang selalu aku jaga, iaitu tidak akan membenarkan lelaki bukan mahram memegang tanganku. Akhirnya aku relakan demi Zaidi.
Aku masih ingat sewaktu aku dan Zaidi balik dari menonton wayang. Kami berborak di tempat tersembunyi di dalam keretanya,dengan tidak dijangka,dia mencium mulutku. Aku jadi marah dan mendiamkan diri.
Zaidi pula tidak memujukku malah marah dengan sikapku, katanya aku tak 'open minded'. Aku yang sangat mencintainya lama-kelamaan memujuknya kembali dan aku membiarkan sikapnya yang begitu ke atasku.
Walau banyak perkara yang aku dan Zaidi telah lakukan, sehingga kini aku bersyukur kerana aku dan dia tidak berzina.
"Awak, kita berpisah sahaja lah," hatiku tersentak dengan kata-kata Zaidi pada suatu hari.
Hatiku hancur. Ternyata aku dipermaikan oleh insan yang sangat aku sayangi.
Saat itu aku jadi seperti 'kucing hilang tanduk'. Tidak tentu arah. Aku masih ingin kembali bersama Zaidi.
Berkali-kali aku menghubungi Zaidi agar hubungan kami terjalin seperti dulu. Tetapi tidak satu pun panggilan dan mesejku dijawab olehnya.
Aku berkurung di dalam bilik setiap hari.
Menghabiskan masaku di depan laptop menghilangkan rasa rindu di hati terhadap Zaidi.
Satu petang. Jam 6 ptg. Aku terpandang satu link ke laman web di laman sosial yang selalu aku layari.
Hatiku mengomel, "laman web apa ni, cuba la tengok."
Setelah membukanya aku terpandang satu artikel 'Couple itu Haram'. Aku segera membacanya. Ayat demi ayat aku baca dengan linangan air mata.
Benar aku sudah menjauh dari Islam. Aku telah menjauh dari Allah.  Petang itu aku menangis semahunya. Dan aku bertekad untuk membaiki diri dan menjadi lebih semangat untuk keluar dari dihimpit kesedihan.
Banyak perubahan yang aku alami. Aku telah membuat 'transformasi' yang besar kepada hidup ku. Pakain, solat, hubungan antara bukan mahram, semua aku jaga dengan baik.
Lina pula setelah aku ditinggalkan Zaidi, hubungan kami tidak lagi serenggang dulu. Kami saling meminta maaf antara satu sama lain dan menjadi sahabat yang baik kembali seperti dahulu. Aku menyesal kerana tidak menuruti kata-katanya dahulu, "Aisyah,awak hati-hati dengan dia, ramai orang tak suka dia.."
Alhamdulillah.

Sehingga kini aku masih menjadi peminat setia melayari iluvislam.com dan sentiasa membaca artikel-artikel yang di paparkan.
Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang kedua untuk membaiki diri dan menjadi muslim yang baik.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Anugerah hidayah terindah dari Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih iluvislam.com!

Monday 6 June 2011

:.. Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan ..:

Assalamualaikum ~

Ha, dah lama ana x post benda baru ! I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry , I'm sorry ( Gaya IniAnwarHadi ! XD ) 



Tengok tajuk ja, mesti mata dah terbeliak kan?  



Baru-baru ni dua orang sepupu ana,Alhamdulillah, sudah menjejak ke alam pernikahan ~

Ana doakan mereka bahagia ~ Hampa semua kena doa jugak! Hehe ...

Bila ana tengok si pasangan pengantin, ana terfikir :





" Islam sememangnya agama yang benar, kerana Islam mengajar penganutnya istilah 'cinta selepas perkahwinan' kerana ia adalah cinta yang paling nikmat. "

Cuba fikir, sekiranya Islam membenarkan cinta sebelum perkahwinan, apa akan jadi??

Bukan akan jadi,memang dah jadi pun. Berlaku zina,kelakuan sumbang, dan paling nyata,kes buang anak.

Kerna itulah,hanya cinta setelah pernikahan sahaja yang selamat. Kerana ia menghalalkan perhubungan kita dengan bakal suami/isteri kita.




Nampak romantik,kan ?

Itulah nikmat cinta yang halal yang Allah akan sediakan untuk kita :)

Sebelum tibanya waktu itu, mestilah kita pernah jatuh cinta.

Tidak salah jatuh cinta kerana ianya adalah fitrah manusia yang istimewa.

Tugas kita adalah mengawalnya agar cinta itu tidak dicampuri dengan unsur2 tidak elok 
seperti 'couple'.

Tahu tak, jika kita jatuh hati pada seseorang, dan kita tidak memberitahu perasaan tu
pada sesiapa pun, jika Allah mencabut nyawa kita, kita dikira mati syahid kerana syahid
melawan nafsu ...


Dengarkan isi hati ni :



Moga fitrah yang Allah kurniakan mampu kita kawal sehingga tiba waktunya ~
Ameen ...

Setakat ini sahaja post untuk kali ni. Meskipun ana masih remaja dan dikira masih budak,
tapi perkara ini sudah sewajarnya remaja Islam fikirkan .

Wallahualam .

Sekian dahulu dari ana. Wassalamualaikum warahmatullah ~