Monday 30 May 2011

Maktab Mahmud Alor Setar (Maahadku,Ketenanganku)

Assalamualaikum ! XD ( Dengan cerianya daku beri salam )

Berjumpa lagi ! Dah sehari ana x bukak blog neh! ( Ceh! Podah! Baru sehari! )


Hehehehe. Ok,memandangkan otak ana dah takdak idea nak post apa2, dalam masa
yang sama ana memikirkan idea,ana rindu sekolah ana,jadi ana terfikir untuk cerita
tentang sekolah kebanggaan ana :D 

( Pelajar2 MMAS,anda pasti berbangga dengan saya! Haha )


Ok, ana belajar di Maktab Mahmud Alor Setar atau short formnya MMAS .

Ni antara gambar-gambarnya : 


Logo Maktab Mahmud 


Pemandangan luar kawasan MMAS



Sekitar depan Dewan Sultan Badlishah ~


Pondok budak putera ~ ( Yang lama punya,kini catnya warna lain :) )


Ni blok G , blog yang mana hanya penghuninya adalah pelajar puteri ( princess corner ) dan 
blok G ni blok yang terakhir :)


Sebenarnya MMAS ni salah satu cawangan daripada cawangan2 Maktab Mahmud.
 Maktab Mahmud atau nama penuhnya Al-Maahad Al-Mahmud . MMAS ditubuhkan
pada 19 Jun 1936. Berpegang pada motto 'Al-Ilmu Nur' iaitu bermaksud 
'Ilmu itu cahaya' ~

Pada mulanya, MMAS ni terdiri dripada pelajar putera sahaja. Tetapi ada kisah lepas tuh 
yang membolehkan pelajar puteri untuk menuntut di MMAS ni :D


Terdapat 14 buah Maktab Mahmud di Kedah :

- MM Alor Setar
-MM Pokok Sena
-MM Pendang
-MM Padang Terap
-MM Ayer Hitam
-MM Yan
-MM Langkawi
-MM Sik
-MM Merbok
-MM Kuala Muda
-MM Baling
-MM Kulim
-MM Bandar Baharu
-MM Langgar

Banyak kan?? Hehehe ..

Korang ( jadi orang KL sat ) tahu tak Merong Mahawangsa ??
Sebenarnya Merong Mahawangsa adalah Sultan Kedah yang pertama dan bagindalah
yang mengiktiraf Maktab Mahmud ni .. Macam tak percaya bukan?? 


Ok,sekarang cerita mengenai MMAS. 

MMAS mempunyai 1000 lebih pelajar putera dan puteri. 
Sistem pendidikan di MMAS hanya mempunyai dua sesi iaitu bermula dari
jam 7.40 pagi - 2.05 petang pada hari Ahad & Isnin dan
jam 7.40 pagi - 1.30 petang pada hari Selasa hingga Khamis .

Setiap tahun,bermulalah sesi kokurikulum pada awal bulan 2 .

Pada akhir bulan 2 pula, bermulalah sesi tuisyen~ 
( Sesi di mana banyak keluhan didengar XP )

Di MMAS, terdapat 7 blok dan  beberapa bangunan yang lain. 
Blok A,B,C,D,E,F & G ~
Blok A sehingga D adalah blok yang penghuninya hanya pelajar putera .
Kemudian dewan berada di antara blok D dan asrama putera. 
Kemudian blok E menyusul dan seterusnya blok F & G. 
Blok F merupakan gabungan antara pelajar putera dan puteri form 4 - 6 .
Blok G ialan princess corner bak kata pelajar puteri ~ Hehehe. 


So,selamatlah sikit kan,ia tidak?? Hik3


Ok, pengetua MMAS sekarang ialah Al-Fadhil Ustaz Shafie bin Ismail .
Beliau ialah seorang pengetua yang tegas, berdisiplin, baik, dan amanah :)


Ana rasa dah over-run dah cerita pasal MMAS ni,kan3 ? 
Sesetengah maklumat ni sumbernya datang daripada Majalah E@Siswa dan
diri ana sendiri ~ 

Apa2 kesilapan maklumat tentang MMAS ni,tolong tegur ya,wahai pelajar maahad !


Apa yang ana nak cakapkan tentang MMAS .....
It's the best school ever in my life ! Maahad adalah ketenanganku ! Senyumanku !

 

Oklah,setakat ini dahulu post ana untuk kali ni. 
Maafkan ana sekiranya tersalah cakap  dan terlebih cakap  ~ 
( Errr,jap ! Ana tulis, bukan cakap ! ) Ha3
Semoga Allah merahmati MMAS,kalian dan sekolah kalian :)
Ameen~ 

Sekian Dahulu . Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .















Saturday 28 May 2011

~~ Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku ~~

Assalamualaikum, Olla !! Bertemu lagi ana di sini !

Hehehe. Alhamdulillah,exam dah habeh! So,kita enjoy !!

Tapi 'nasib'nya,sekolah ana dah sediakan MODUL KERJA SEKOLAH untuk semua pelajar..


So, pelajar-pelajar maahad kena tidur,makan,tengok tv dan sebagainya dengan modul.

Solat dan masuk tandas juga  dikecualikan !!! Hehe

Homework kini ialah teman sejatiku ~


Haihhh ... Takpalah,redha saje... ( Ni awat jadi orang KL lak neyh?! )


Ok,jangan terkejut kenapa tajuk post ana kali ni lagu tuh ( Jadi orang Kedah balik ~ )


Tajuk post ana kali ni adalah tajuk suatu kisah yang aku nak kisahkan hari ni

Kisah ni diambil dari majalah Iskandariah Mesir ' MANAR ISLAM '.
Alkisah~ :

Menurut  majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

 Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.

 "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.

 "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik
di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

 Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati
hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.

 Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba
tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan
kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

 Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya
saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah
teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
 barzakh.

Astaghfirullah. Moga2 kita dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dripada 
mempunyai sifat seperti perempuan dalam kisah tadi. Ameen~

Mata ana terus terbeliak masa ana baca ayat yang perempuan tuh cakap :
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik
di neraka jahannam untukku "

Astaghfirullahx3... 

Ok,setakat ini dahulu warkah ana untuk kalian semua ( Cewaahh ! Ayat~ )

Nanti kita jumpa lagi ya! InsyaAllah!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ~ :D

 



 


 

Monday 23 May 2011

Baby & Minnie


Berjumpa lagi kita di hari yang indah ini~ Alhamdulillah !!! 



Exam ana tinggal lagi errrr.. kurang dari 10 subjek ~

Ni ada free time terluang untuk post new post di blog post neh~ Hehehe.

Ok. Baby dan Minnie tuh rabbit ana sebenarnya. Baru ja bela. Baby rabbit ana dan kakak2 ana.

Minnie pulak rabbit kawan kakak ana :)

Ni gambar2 mereka ( awat jadi formal sangat neh:?! ) 


Yang warna kelabu : Baby namanya : D
Yang warna oren : Minnie namanya : D



Comey tak saye ?? 


Huh ?? Terkejut den !


Dahaga air ~ Tulah,buaih sangat !


Hahaha !!!



Cakkkkk !!!!


Alololo ! Comeynya dio ! 


Limited edition tau gambar nie ! Hekhek 

Ok.takat tu ja lah gambar yang ana boleh tunjuk.Comey an?? Hehehe. 

Tapi malangnya,Minnie baru ja mati beberapa hari yang lepas sebab tersekat bawah sangkar 

masa kami semua diulit mimpi ~

Dia boleh keluar sendiri dari sangkar tuh. Ada lubang. =_="

Kesian Baby sudah tiada teman menemaninya. Kadang2 ana nampak muka Baby muram ja~

Even dia binatang tapi kadang2 ana rasa ana memahaminya :)

Oh ya,korang rasa tak Baby ni rabbit tercomel di dunia ?? ( Perasan sat noh ... )


Kadang2 ana sendiri rasa bertuah dan geram teramat sangat sebab boleh ada rabbit

secomel dia ! 


Huhuhu. Sebelum ni ana pernah bela hamster yang dah bergenerasi ke berapa dah.

Depa dok beranak pinak,habeh berapa generasi,ana x amek tau. Hehe.

Lepaih semua mati,ana bela kucing pulak. 

Dan sekarang,rabbit !

Lepas ni,burung kah?? 

Hahahaha. Merapu!


Hehehe. Oklah. Nak gi study neh ~ ( Yeke nak gi study ?? )

Huhu. Okay2. See you olz di next post. 

Ku dahului dengan tasbih Kaffarah dan Surah Al-'Asr ..

A'uzubillahhiminassyaitonirrojim ...

Bismillah hirrahman nirrahim...

( Perabih niri lah nah! Hahaha )

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Ma'assalamah wa ilalliqa' !!










Friday 20 May 2011

Nota Cinta ~

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ! Tak jawab dosa !

Jumpa lagi di post terbaru ! Hek4

Sihat semua ? ( Macam lah ana boleh dengar hampa semua jawab noh~ )

Ana dah melepasi peperiksaan subjek SC 1 & 2 , Khat, Insyak(Karangan dalam bahasa Arab), Feqah,
 BM 1 & 2 dan Quran Tajwid . 


14 subjek lagi sedang menunggu ! 


Seperti biasa, doakan ana ya! Ana pun akan doakan untuk kalian semua!

Ok,'Nota Cinta' adalah tajuk post kali ini. Antum semua rasa ni nota cinta untuk siapa??


Boifren?? No3.


Suami?? Lambat lagi tuh~ 

Hahaha. Merapu ja aku ni! Hukhuk. 

Ok2. Bacalah sendiri ya ' Nota Cinta ' yang istimewa ini : 

Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu…


Inilah ' Nota Cinta ' kita untuk Allah. Sedih memikirkan apabila diri ini selalu memikirkan duniawi.

Ada kalanya ingat pada Allah, ada kalanya lupa pada Allah.

Sungguh hina,kecil dan kerdil diri ini di hadapan Allah.

Astaghfirullah. Moga dosa2 kita yang lalu dan kini diampuni Allah Subhanahu Wata'ala . Ameen~


Sehingga ini sahaja coretanku untuk kalian. Nanti kita jumpa lagi ya di post terbaru !



Ku dahulu dengan assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ~

 Bubye !!!!






Thursday 19 May 2011

Saya suka Matluthfi90 !!!


Hehe. Lawa ark ?? ( Pulun doe~! )

Ok,berdasarkan tajuk ana pada hari ini, adakah anda kenal Matluthfi90 ??

Dia adalah salah seorang Youtuber. Video dia lawak giler! ( Jadi orang KL sat noh. Hak4 ) 

Ni gambor dio ( Orang Kelantan lak! )


Hahaha. Dia orang Kedah! ( Bangga bukan? ) Hek4. 

Antara video2 dia yang ana paling suka :

1. Typical local film_drama scenes



2. Serta paksa



3.Bukan semua cantik subjektif 



4. Mari merungut malaysia 




Hehehe. Rajin noh ana upload video untuk hampa semua! Huhu  

Sebelum ni ada IniAnwarHadi gak yang buat video lebih kurang camni. 

IniAnwarHadi tuh dia orang first ana jumpa buat video camni. Lawak gak!

Tapi dia cakap bahasa Inggeris. So,jadi x minat la sangat. Hek4~

Sekarang ramai orang yang ikut trend lagu ni ( Jadi orang Kedah balik! )

Ada yang syok,lawak. Ada jugak yang sebaliknya. 

Anyway,yang paling ana suka Matluthfi90 ! 

Oklah. Takat ni sahaja post untuk kali ni. Kalau ada masa terluang, ana post lagi ek!

Tata,titi,tutu!

Oh ya,jangan lupa doakan ana dalam exam minggu depan lak ya! XP

Thanks 4 the doa'. Moga Allah meletakkan kalian dalam rahmatNya ~ !

Assalamualaikum ! :D